Friday, January 2, 2009

MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA / 2009

Tarikh : 02 Januari 2009 [ Jumaat ]
Masa : 9.20 - 10.20 pagi
Tempat : Kelas 3E
Hadir :
1] Puan Hjh. Rasidah bt. Abdul Majid ( GPK 1 )
2] Ustazah Roziana bt. Mohd. Zain ( Ketua Panitia )
3] Ustazah Jamilah bt. Mansor
4] Ustazah Haraine bt. Ishak
5] Ustazah Roziah bt. Mohd. Tahar
6] Ustazah Wan Zalilawati bt. Wan Mamat
7] Ustazah Kamazalina bt. Mohd Yusof
8] Ustazah Cik Faradila bt. Ibrahim
9] Ustazah Cik Maizan bt. Daud
10] Ustazah Cik Norma bt. Ab. Rahman
11] Ustaz Tn. Hj. Kamal bin Ismail
Tidak Hadir :
1] Ustazah Khamsah bt. Mamat
2] Ustazah Norazlina bt. Shamsuddin
3] Ustazah Rusni Yusnita bt. Baharuddin
4] Ustaz Wan Nizam bin Wan Md. Zain
Agenda :
1. Ucapan Aluan Pengerusi - Ustazah Roziana bt. Mohd. Zain
-Memulakan mesyuarat dengan membaca Ummul Kitab.
-Memohon maaf kerana tidak biasa mempengerusikan mesyuarat, berharap semoga semua guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna pada tahun ini.
2. Ucapan Aluan GPK 1
-Melahirkan rasa kecewa kerana masih ada guru yang tidak menganggap penting terhadap sesuatu mesyuarat.
-Mengucapkan tahniah kepada Ustazah Roziana di atas pelantikan sebagai Ketua Panitia dan berharap dapat memegang jawatan selama 2 tahun sebelum dilepaskan kepada guru lain.
-Pastikan minit mesyuarat kali pertama ini diserahkan kepada beliau dan GB sebelum 09 Januari 2009 ( Jumaat ).
-Jalankan pembahagian tugas dalam panitia.
-Guru-guru PAI yang bertugas pada sesi petang : Ustaz Hj. Kamal, Ustazah Kamazalina, Ustazah Haraine, Ustazah Cik Maizan. Masih belum mencukupi untuk sesi petang.
-Bulan Panitia dikekalkan pada bulan Ramadhan.
-Pastikan panitia melantik guru-guru penggubal soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Soalan hendaklah disediakan bersama JSU.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia PAI Kali Ke-3 bertarikh 10 Okt 2008.
4. Ucapan Pengerusi ( Ustazah Roziana ) :
-Menyampaikan beberapa pesanan daripada GB, antaranya latihan bertulis di dalam bilik darjah setiap kali selepas P&P, mengecop semakan buku latihan dan kemaskini Papan Kenyataan Panitia, cara menulis BRM dan penggunaan Sudut Matapelajaran di dalam kelas. Semua GPI mesti hadir ke sekolah esok untuk menyiapkan Papan Kenyataan Panitia.
-Program Solat Hajat Ibu Bapa Murid Tahun 6 pada 08 Jan 2009. Siapkan satu kertas kerja ( u.p : Ustaz Hj. Kamal )
-Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali Pertama pada 17 Jan 2009 (Sabtu) oleh MAINS dan En. Tamyes, GB SK Rahang.
-Program Tasmik bermula pada hari pertama persekolahan. Semua GPI terbabit dikehendaki bersedia.
-Sila dapatkan HSP di Bilik Jawi dan pastikan BRM pada hari pertama persekolahan ditulis.

Mesyuarat selesai pada jam 10.20 pagi. Terima kasih kepada Ustazah Roziah kerana menyediakan makan kepada kami.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU


Sesi persekolahan akan bermula dalam beberapa hari lagi. Semoga tahun baru 2009 ini akan memberikan kita semua semangat yang luar biasa untuk mempastikan semua yang dirancang bakal menjadi kenyataan..
Selamat Tahun Baru..